Inflasi Johor terus mereda kepada 2.7 peratus pada Mei 2023 dengan mata indeks mencatatkan 131.5 berbanding 127.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan perlahan inflasi Johor pada bulan Mei 2023 didorong oleh inflasi kumpulan pengangkutan yang mereda kepada 0.3% namun inflasi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (5.1%) dan Restoran & Hotel (7.0%) masih kekal tinggi.
Tahukah anda, RM 1,000 yang ada pada anda hari ini hanya bernilai RM488.37 pada 30 tahun lalu?
Fenomena ini dikenali sebagai inflasi, iaitu kenaikan harga yang berlaku pada barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. Inflasi bukanlah sesuatu yang asing buat kita pada hari ini kerana sering menjadi topik utama hampir di setiap media massa.
Adakah anda tahu berapa kadar Inflasi di negeri Johor yang terkini? Berdasarkan Laporan Indeks Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi Negeri Johor pada November 2022 meningkat 4.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun 2021. Kenaikan kadar inflasi ini adalah melebihi paras nasional 4.0 peratus.
Kenaikan inflasi Kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (7.6 peratus), Pengangkutan (5.1 peratus) dan Restoran & Hotel (8.7 peratus) menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi Negeri Johor pada bulan November 2022.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya (UAC, UM) akan menganjurkan satu webinar Sustainable Development Goals (SDG) berkaitan “๐๐ฟ๐ 10 โ ๐๐๐ฟ๐๐พ๐๐ฟ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ – ๐๐๐ฟ๐๐พ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐ฟ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐พ๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐, ๐พ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐-๐๐ผ๐๐ฟ๐๐๐๐พ”
Webinar SDG ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Datoโ Seri Mohd Zuki Bin Ali di atas perlantikan semula sebagai Ketua Setiausaha Negara yang berkuatkuasa pada pada 11 Ogos 2022.
Tahniah sekali lagi daripada kami warga Jabatan Perangkaan Malaysia.
Alhamdulillah, DOSM Johor telah diberi mandat bagi mempersembahkan penerangan ringkas berkenaan kemajuan kerja Maharani Self Updating Maklumat Kendiri oleh YBrs. Encik Zainol bin Jamil, Pengarah DOSM Johor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Taโzim bertempat di Desastay D’Sawah, Sungai Balang Muar Johor.
DOSM Johor turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Datoโ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Yang Berhormat Datoโ Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar di atas sinergi kerjasama strategik di antara Jabatan dan kerajaan negeri.
Majlis Sumbangan kepada Mangsa Banjir Warga DOSM Johor. Sebanyak 15 orang anggota yg terlibat terdiri daripada 4 anggota tetap dan 11 PMS. Sumbangan ini bagi meringankan beban kepada anggota yang mengalami kerosakan kenderaan disebabkan oleh banjir kilat yg berlaku di sekitar bandar Johor Bahru pada 2 Ogos 2022 yang lalu. Sumbangan ini disalurkan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Statistik yang dipengerusi oleh YBrs En Abang Saifulhadi bin Abang Haji Ibrahim dan majlis penyerahan disempurnakan oleh YBrs En Zainol bin Jamil, Pengarah DOSM Johor.
7 Ogos 2022 (Ahad) โ Lawatan kerja Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) diketuai oleh TPr. Chew Lee Ting, Pegawai Perancang Bandar Dan Desa.
Perjumpaan bersama Pengarah DOSM Johor, Encik Zainol bin Jamil serta Team Seksyen Rangka Dan Pemetaan DOSM Johor diadakan bagi mewujudkan hubungan kerjasama untuk berkolaborasi dalam perkongsian data geospatial antara kedua – dua pihak.
Sesi perbincangan ini juga merupakan kesinambungan kerjasama strategik di antara DOSM Johor dan MBIP sebelum ini.