Lawatan Kerja Luar dan Semakan Kualiti sampel Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022

4 Ogos 2022 (Khamis) – Lawatan Kerja Luar dan Semakan Kualiti sampel Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang bersama YBrs Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia, Puan Hajah Nazaria binti Baharudin.

YBrs Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia, diiringi oleh Pengarah DOSM Johor, Encik Zainol bin Jamil serta Team Operasi HIES/BA DOSM Johor telah mengadakan lawatan kerja luar dan semakan kualiti ke tempat kediaman responden terpilih di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Semakan di lapangan ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman anggota operasi HIES/BA DOSM Johor serta menyemak kualiti pengisian data.

Majlis Pelancaran Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI)

“KEBAHAGIAAN adalah sebuah konsep multi-dimensi yang merujuk kepada kepuasan, perasaan bahagia, kesenangan hidup dan kesejahteraan pelbagai aspek kehidupan individu yang telah digarap bagi pelaksanaan survei ini dari sudut fizikal, sosial, emosi dan spiritual. Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) berada pada tahap bahagia dengan skor 6.48 pada 2021 dan komponen MHI keluarga mencatatkan skor tertinggi iaitu 7.23.”

Petikan semasa Majlis Pelancaran Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 22 Julai 2022 di Putrajaya oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.

Kunjungan Hormat Ketua Perangkawan Malaysia kepada Menteri Besar Johor

JOHOR BAHRU, 26 JULAI 2022- Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor bagi memperkukuh lagi hubungan kerjasama strategik yang telah terjalin di antara pihak DOSM dan Kerajaan Negeri Johor.

Kunjungan Hormat daripada Ketua Perangkawan Malaysia kepada Setiausaha Kerajaan Johor

JOHOR BAHRU, 26 JULAI 2022- Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bagi memperkukuh lagi hubungan kerjasama strategik yang telah terjalin di antara pihak DOSM dan Kerajaan Negeri Johor.

Turut Bersama dalam kunjungan hormat ini adalah YBrs. Encik Zainol bin Jamil,Pengarah DOSM Johor.

PENEMUAN UTAMA BANCI MALAYSIA 2020 DAN PRESTASI EKONOMI NEGERI JOHOR 2021

JOHOR BAHRU-26 JULAI 2022-DOSM Johor telah menganjurkan Sesi Taklimat Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Dan Prestasi Ekonomi Negeri Johor 2021 di Dewan Bankuet, Bangunan Sultan Ismail, Nusajaya.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi menghebahkan kepada pembuat dasar berkenaan kepentingan penemuan Banci Malaysia 2020 yang mengandungi banyak maklumat komprehensif melibatkan profil penduduk, demografi, keperluan kesihatan, kemudahan, keselamatan dan juga keperluan warga emas. Sesi ini turut menerangkan prestasi ekonomi Negeri Johor serta indikator terkini. Program ini dapat meningkatkan literasi dan komunikasi statistik bersama komuniti di peringkat Parlimen dan DUN serta mengukuhkan jalinan kerjasama antara DOSM dan pihak Kerajaan Negeri Johor

Sesi ini turut dihadiri seramai 132 orang peserta termasuk Ahli Parlimen, Ahli DUN, Pelbagai Agensi Kerajaan dan Media.

DOSM Johor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan bantuan oleh pelbagai Agensi Kerajaan& Negeri di dalam penganjuran Sesi Taklimat ini.

Layari https://www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut. Lawati juga portal Banci Penduduk & Perumahan Malaysia https://www.mycensus.gov.my/

“Data Anda Masa Depan Kita”

Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia

https://www.dosm.gov.my

Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia

https://www.mycensus.gov.my/

Facebook: Jabatan Perangkaan Malaysia

https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia

Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia

https://www.instagram.com/statsmalaysia

YouTube: Jabatan Perangkaan Malaysia

https://www.youtube.com/channel/UC0CMa71i-wBYmz-HIZ8bOzQ

Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Muar

MUAR- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Muar telah diadakan pada 19 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Mustaffa bin H. Shamsudin, Pegawai Daerah Muar merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, YBrs. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah merangkap Penolong Pesuruhjaya 2, YB Dato’ Hj. Mohd Haffiz bin Hj. Ahmad, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Muar atas usaha melengkapkan bancian Daerah Muar. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mohamad Amirul bin Azmi, Penolong Pegawai Daerah yang mewakili Penguasa Daerah Muar dan Puan Noor Ilyana binti Amran yang mewakili MyAD Daerah Muar. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Muar kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Muar.

Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Kulai

Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Kulai telah diadakan pada 27 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Kulai merangkap Penolong Pesuruhjaya, YBrs. Tuan Haji Mohd Radzi bin Mohd. Amin, mantan Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Kulai atas usaha melengkapkan bancian Daerah Kulai. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Mackeen bin Haji Mohd Shafiee, Ketua Penolong Pegawai Daerah merangkap wakil Penguasa Daerah, Puan Siti Maimon binti Nadiran dan Puan Rafizah binti Jaafar selaku wakil MyAD Daerah Kulai. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Kulai kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Kulai.

Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Kota Tinggi

KOTA TINGGI- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Kota Tinggi telah diadakan pada 26 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Penolong Pesuruhjaya, YBrs. Tuan Haji Farizal Bin Ismail, mantan Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Kota Tinggi atas usaha melengkapkan bancian Daerah Kota Tinggi. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mahathir Bin Hj Abd Shukor dan Encik Zulkepli Bin Welang merangkap wakil Penguasa Daerah serta Encik Rahman bin Pasran merangkap MyAD Daerah Kota Tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Kota Tinggi kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Kota Tinggi.

Banci Malaysia 2020: Tahniah Penduduk Daerah Kluang

KLUANG-Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Kluang telah diadakan pada 26 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, YBrs. Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd. Manap, Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Kluang atas usaha melengkapkan bancian Daerah Kluang. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Encik Muhamad Sharul Azmi bin Md Kamil, Penolong Pegawai Daerah merangkap wakil Penguasa Daerah serta Cik Nazarina binti Nasir merangkap MyAD Daerah Kluang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Kluang kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Kluang.

Design a site like this with WordPress.com
Get started