PONTIAN- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Pontian telah diadakan pada 23 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian merangkap Penolong Pesuruhjaya, YBrs. Tuan Haji Zulkifly bin Haji Mohd Tahir, mantan Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Pontian atas usaha melengkapkan bancian Daerah Pontian. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Suhaila binti Jalil merangkap MyAD Daerah Pontian. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Pontian kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Pontian.
ISKANDAR PUTERI-Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diadakan pada 21 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YB. Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, Encik Mohd Farid bin Kassim merangkap Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh, Penolong Pesuruhjaya 3, YB Dato’ Sallehuddin bin Hassan, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Johor Bahru 2 atas usaha melengkapkan bancian Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Asmilah binti Legiman merangkap MyAD Johor Bahru 2. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Majlis Bandaraya Iskandar Puteri kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020.
BATU PAHAT- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 20 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat merangkap Penolong Pesuruhjaya 1, Encik Mohd Haniff bin Ahmad merangkap Penolong Pesuruhjaya 2, YBrs. Tuan Haji Zulkiflee bin Abbas, mantan Penolong Pesuruhjaya 1, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Batu Pahat atas usaha melengkapkan bancian Daerah Batu Pahat. Sesi ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pn Fazlina Azawiyah binti Isa, Penolong Pegawai Daerah yang mewakili Penguasa Daerah Batu Pahat dan Puan Noor Ilyana binti Amran merangkap MyAD Daerah Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Batu Pahat kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Batu Pahat.
TANGKAK- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Tangkak telah diadakan pada 14 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pegawai Daerah Tangkak merangkap Penolong Pesuruhjaya, Tuan Hj Shafiei bin Ahamad, mantan Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Tangkak atas usaha melengkapkan bancian Daerah Tangkak. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Nazef Mubaraq bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) yang mewakili Penguasa Daerah Tangkak dan Puan Norlizah binti Kardi merangkap MyAD Daerah Tangkak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Tangkak kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Tangkak.
SEGAMAT- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Segamat telah diadakan pada 14 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Pegawai Daerah Segamat merangkap Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Segamat atas usaha melengkapkan bancian Daerah Segamat. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Ruzaili bin Azmi, Penolong Pegawai Daerah yang mewakili Penguasa Daerah Segamat dan Puan Zulaika binti Kamat merangkap MyAD Daerah Segamat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Segamat kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Segamat.
MERSING- Sesi Memuktamadkan Banci Malaysia 2020 Daerah Mersing telah diadakan pada 12 September 2021. Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Razi bin Haji Mohd Amin, Pegawai Daerah Mersing merangkap Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, MyAD, MyCD dan semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Banci Daerah (JKPBD) Mersing atas usaha melengkapkan bancian Daerah Mersing. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Norman bin Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah yang mewakili Penguasa Daerah Mersing dan Puan Siti Hanifah Binti Ahmad Kusri merangkap MyAD Daerah Mersing.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Daerah Mersing kerana telah menjayakan Banci Malaysia 2020 bagi Daerah Mersing.
Bagi meraikan kecemerlangan anggota dan menghargai bakti dan sumbangan pesara sepanjang 2019, DOSM Johor telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2019) pada28 September 2020 di Bilik Gerakan, Pejabat Operasi Muar. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Bin Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia. Seramai 21 orang anggota tetap dan 11 orang Pekerja Sambilan Harian (PSH) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) DOSM Johor bagi tahun 2019.
YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Bin Mahidin , Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci telah mengadakan lawatan kerja ke ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor pada 25-28 September 2020 bagi tujuan pemantauan pelaksanaan Banci 2020 Negeri Johor. Pada Sesi lawatan tersebut telah diadakan Sesi Klinik e-census di beberapa lokasi terpilih sekitar bandar Johor Bahru.
Klinik e-census di Taman PelangiKlinik e-census di Taman Tasik Merdeke, Johor Bahru Klinik e-census di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor
Membantu pengguna mengawasi status kesihatan diri berdasarkan rekod kontak dengan pengguna lain sekali gus membantu menyekat penularan COVID-19.
Manfaat
Aplikasi menyimpan rekod kontak-kontak pengguna secara automatik. Memudahkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk mengenal pasti kontak – kontak pengguna dan menghubungi mereka, sekiranya ada kemungkinan dijangkiti COVID-19.
Kaedah
Aplikasi akan menyimpan rekod kontak apabila telefon pintar pengguna berada dalam jarak 1 meter dengan telefon pintar pengguna lain, menggunakan gelombang bluetooth. Lokasi pengguna tidak akan dijejak.
Langkah Penggunaan:
Pastikan GPS dan bluetooth anda terpasang Muat turun aplikasi Jejak Johor daripada Google Play Store. Nantikan makluman muat turun daripada Apple App Store.
Daftar menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar untuk memudahkan pengguna dihubungi Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Pengguna perlu bersetuju dengan Terma dan Syarat penggunaan aplikasi, pastikan bluetooth sentiasa terpasang, memberikan kebenaran untuk penyaluran notifikasi.
Satu ID unik akan diberikan kepada pengguna Sila pastikan aplikasi ini sentiasa aktif sepanjang pandemik COVID-19
Privasi:
Pengguna hanya dikenal pasti menerusi ID unik dan hanya pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor mempunyai maklumat untuk menghubungi pengguna
Pengguna:
Semua rakyat Negeri Johor digalakkan menggunakan aplikasi ini terutama sekali mereka yang melakukan banyak pergerakan dan mempunyai banyak kontak bersama-sama individu lain sepanjang penularan wabak COVID-19.