Encouraging trend seen in terms of digital usage by retailers, wholesalers – DOSM

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1845589

KUALA LUMPUR, May 28 — Retailers and wholesalers have shown a promising trend of incorporating the usage of digital and e-commerce into their business plans over the past year, according to the Department of Statistics Malaysia (DOSM).

Chief statistician Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin said this encouraging trend was reflected in the annual online retail index, which had risen to a year-on-year sales growth rate of 23.8 per cent in the first quarter of this year from 10.5 per cent in the same quarter last year.

“Our economy has moved rapidly whereby the contribution of the wholesale and retail trade has shown an encouraging growth,” he said during an online media conference today.

The wholesale and retail trade sector boosted its revenue from RM62.4 billion in 2015 to RM92.0 billion in 2018.

Meanwhile, online retail sales increased at a stronger annual pace from RM0.3 billion in 2013 to RM1.2 billion in 2018.

Mohd Uzir said the sector’s rapid growth was a testament to Malaysians’ rising disposable income year after year.

“The retail sector is a catalyst for the nation’s economic growth; and based on research that was conducted, we are on the right track,” he added.

Meanwhile, Mohd Uzir said several sectors such as wood products, writing products, books and newspapers as well as iron ore and unprocessed metal were among the sunset industries identified.

Textile retailing, food, newspaper agent and food retailing are categorised as “industry for survival”.

“Due to their shrinking revenue, these sectors require assistance, especially in terms of rental payment for their premises which represents a big portion of their operational costs,” he said.

Meanwhile, in the final statistics on the wholesale and retail trade sector which were compiled from the wholesale and retail trade census 2019 for reference year 2018, the country recorded a sales volume of RM1.27 trillion for 2018.

In a statement today, DOSM said that in 2018, the number of establishments operated in the wholesale and retail trade sector numbered 469,024 with an annual growth rate of 4.8 per cent since 2013.

Selangor had the highest number of establishments with 94,857, followed by Kuala Lumpur (71,433).

“The wholesale trade sub-sector was the largest contributor for total sales value of goods and services with RM663.7 billion (52.2 per cent), followed by retail trade (RM459.9 billion; 36.2 per cent) and motor vehicles (RM147.2 billion; 11.6 per cent),” it said.

Meanwhile, computer usage in business rose to 89.6 per cent in 2018 from 85.5 per cent in 2013.

— BERNAMA

Purata pendapatan kasar perusahaan mikro bawah RM4,360

https://malaysiagazette.com/2020/05/28/purata-pendapatan-kasar-perusahaan-mikro-bawah-rm4360/

KUALA LUMPUR – Banci Perdagangan Borong dan Runcit 2019 mendapati lebih 70% pertubuhan tidak mempunyai premis sendiri dan perlu membayar sewa kepada pemilik premis perniagaan.

Daripada jumlah tersebut, 68% adalah pertubuhan berstatus mikro, diikuti 18% bersaiz kecil, 12% bersaiz sederhana dan 2.0% bersaiz besar.

Dapatan banci juga mendapati pendapatan kasar pertubuhan mikro sebulan adalah di bawah RM4,360, terutamanya peniaga yang menjual di industri runcit permaidani, tekstil, baju dan kasut; alat permainan dan barang mainan; makanan, minuman dan produk tembakau; rekod muzik dan video; produk makanan lain dan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Kesemua industri ini adalah merujuk kepada jualan di gerai atau pasar, kata Jabatan Perangkaan

Banci itu juga menunjukkan perkembangan dan penguncupan industri borong & runcit di Malaysia didorong oleh perubahan gaya hidup penduduk serta perubahan teknologi.

Menurutnya, banci yang dilaksanakan ini meliputi 615 industri dalam sektor perkhidmatan dan sejumlah 179 industri diliputi dalam Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019.

Perdagangan borong merangkumi 83 industri diikuti dengan perdagangan runcit sebanyak 80 industri dan kenderaan bermotor 16 industri.

Kata jabatan itu, bilangan pertubuhan yang beroperasi dalam sektor perdagangan borong & runcit adalah 469,024 dengan pertumbuhan 4.8 peratus.

Selangor mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi iaitu 94,857, diikuti oleh Kuala Lumpur, 71,433 pertubuhan.

Sementara itu, secara purata margin bagi perdagangan runcit adalah yang tertinggi iaitu 32.6 peratus, diikuti kenderaan bermotor (28.4%) dan perdagangan borong (24.2%).

Pendapatan melalui e-dagang pada tahun 2018 adalah sebanyak RM92.0 bilion dengan pertumbuhan tahunan 13.8 peratus berbanding 2015.

Manakala pendapatan melalui e-dagang bagi subsektor perdagangan runcit pula adalah RM26.1 bilion dengan sumbangan 5.5 peratus kepada keseluruhan jualan runcit.

Industri dalam kumpulan jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar menjadi pilihan pengguna dalam membuat pembelian melalui platform e-dagang berbanding industri lain dalam subsektor ini.

Industri yang mencatatkan pendapatan tertinggi direkodkan oleh Jualan runcit sebarang jenis produk melalui internet, 97.7 peratus.

Jabatan Perangkaan menambah, bapatan Banci Perdagangan Borong & Runcit menunjukkan sumbangan nilai ditambah bagi Perdagangan runcit telah mengatasi perdagangan borong pada tahun 2018 dengan sumbangan 44.9% berbanding perdagangan borong, 44.1 peratus.

Ini menunjukkan berlaku perubahan struktur dalam landskap borong & runcit di Malaysia yang telah menyamai ciri-ciri negara maju.

Bagi negeri-negeri di Malaysia, 11 negeri lebih berorentasi kepada runcit seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Pahang.

Justeru, negeri-negeri ini berpotensi untuk dikategorikan sebagai negeri maju.

Untuk memperkasakan lagi sektor perdagangan borong & runcit, pemborong dan peruncit boleh mengambil pendekatan seperti making retail more people centric, meneroka potensi e-dagang, mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini bagi memacu produktiviti, mempelopori konsep retailtainment dan membuat pelaburan berkaitan teknologi. – MalaysiaGazette

Mengapa saya perlu mengambil bahagian dalam Banci 2020?

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merancang, menggubal dan melaksanakan polisi Kerajaan Malaysia untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan. Maklumat dari banci juga menentukan bagaimana pembiayaan kerajaan yang bernilai berbilion ringgit Malaysia akan dibelanjakan di seluruh negara. Penghasilan profil yang terperinci ini akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menggunakan maklumat daripada banci untuk membantu memenuhi keperluan-keperluan teras di kawasan mereka.

Mengapa kami melaksanakan Banci?

Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data banci yang terkini dan komprehensif akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan Negara.

Apa itu Banci?

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 adalah projek banci yang akan dijalankan di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh Malaysia pada tahun 2020. Banci 2020 adalah banci yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Pelaksanaan Banci 2020 adalah merujuk kepada peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (disemak 1969). Akta ini turut memastikan bahawa semua maklumat individu yang dikumpul adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

Design a site like this with WordPress.com
Get started